Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Kerajaan Melaka hari ini menggesa agar penganjur Perhimpunan Jubli Jerusalem membatalkan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan itu di negeri ini, yang dijadual dari 15 hingga 18 Jun depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri juga menolak dakwaan yang tular di laman sosial kononnya kerajaan negeri telah meluluskan perhimpunan tersebut.

Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk kelulusan mengadakan perhimpunan berkenaan di Melaka.

"Kita mengatakan tidak dan saya sendiri tidak mahu ia dijadikan sebagai acara di Melaka dan saya dengar badan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan persatuan telah membuat laporan polis tidak mahu perhimpunan ini diadakan.

"Kita berharap pihak polis akan membawa perkara itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan diperhalusi untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di Melaka hari ini.

Sementara itu, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata kerajaan negeri tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada sebuah NGO untuk menganjurkan program perhimpunan tersebut.

Katanya tidak menjadi suatu kesalahan mengadakan sesuatu rutin keagamaan di rumah ibadat masing-masing, namun perhimpunan itu adalah agenda meraikan kemenangan Yahudi menawan semula Jerusalem pada 1967.

Beliau berkata perhimpunan itu jelas tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam serta Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.

"Saya menyeru kepada masyarakat Islam agar tidak menyertai dan tertipu dengan program ini, dan berhati-hati dengan agenda untuk memecah-belahkan umat Islam," katanya.

- Bernama


'Shalom Jerusalem' di Melaka buat Umno, PAS berang

Lihat Komen
ADS