Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anggota polis tak tahu SOP lokap dalam kes kematian Balamurugan

Seorang bekas pegawai penyiasat mengaku tidak tahu mengenai prosedur operasi standard (SOP) polis dalam mengendalikan tahanan berhubung kes kematian S Balamurugan.

Apabila disoal oleh Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam, Inspektor Mohd Noor Husri Johari berkata beliau sedar bahawa kemudahan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara tidak diwartakan.

Bagaimanapun, beliau berkata beliau tidak sedar bahawa Ketua Polis Daerah telah mengeluarkan arahan supaya tidak ada seorang pun ditahan di situ.

"Tidak ada tempat lain yang sesuai," katanya membantah apabila ditanya, merujuk kepada tempat sementara tahanan sebelum mereka dibawa untuk pendengaran reman atau dihantar ke lokap yang ditetapkan di Shah Alam.

Husri merupakan saksi ke-19 dalam siasatan awam EAIC dalam kes kematian Balamurugan. Seramai 55 saksi dijangka akan dipanggil.

Husri adalah seorang pegawai siasatan di pejabat Polis Daerah Klang Utara dan ditugaskan menyiasat Balamurugan serta tiga yang lain berhubung kes rompakan.

Balamurugan ditemui mati dalam kemudahan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada awal pagi 8 Februari.

Husri, yang masih bertugas di ibu pejabat Polis Daerah Klang Utara, berkata hanya selepas kematian Balamurugan beliau mengetahui arahan tersebut.

Semasa pendengaran, Husri memberi keterangan bahawa dia telah menemani ibu bapanya ke Institut Jantung Negara pada pagi 7 Februari.

Oleh itu, beliau mewakilkan tugas mendapatkan perintah reman bagi Balamurugan dan tiga suspek lain kepada sarjan Muhammad Nabil Abd Manaf pada hari itu.

Katanya, beliau tidak tahu mengenai arahan majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan agar Balamurugan dikeluarkan dan dibawa ke hospital, kerana Nabil hanya memberitahu permohonan reman itu ditolak.

Dia menyedari bahawa Balamurugan berada dalam kesihatan yang buruk melalui kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada anggota Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Klang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS