Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengesahkan bahawa rancangan untuk mengosongkan  Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, yang berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) telah ditangguhkan.

"Memandangkan bahawa ini sebuah kuil lama dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh penduduk, saya telah bercakap dengan pemaju dan memujuk mereka untuk menagguhkan rancangan mengosongkan  kuil itu.

"Saya juga akan berjumpa dengan semua pihak berkepentingan dalam tempoh dua minggu untuk berbincang dan mencari penyelesaian," kata menteri besar itu dalam satu kenyataan hari ini.

Azmin sebelum ini mengambil maklum bahawa rancangan merobohkan kuil di USJ-Subang Jaya itu adalah atas inisiatif pemaju di kawasan berkenaan - One City Development Sdn Bhd - yang telah mendapatkan perintah mahkamah untuk mengambil-alih tanah tapak lokasi kuil.

Sambil mengakui bahawa kini terdapat pertikaian berhubung perintah mahkamah itu, Azmin berkata beliau telah membincangkan perkara itu hari ini dengan Exco Selangor, V Ganabatirau dan juga Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh dan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Pihak pesaing yang mahu menuntut jawatan ketua jawatankuasa kuil, M Nagaraju pada subuh Khamis lalu, mengetuai sekumpulan penganut Hindu berkumpul di kuil itu, selepas menerima mesej yang tersebar di media sosial bahawa tempat ibadat mereka itu akan dirobohkan.

Bagaimanapun tidak ada anggota penguatkuasa mahukan pasukan untuk merobohkan kuil itu yang datang, meskipun notis pengusiran supaya kuil itu dikosongkan berakhir pada hari tersebut.

Berikutan itu, Ganabatirau pada sidang media pada hari berikutnya menegaskan bahawa kerajaan negeri telah menjalankan tanggungjawab bagi mendapatkan tapak baru untuk kuil berkenaan.

[Baca berita penuh]