Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
ADUN DAP mohon mahkamah tangguh p'raya kecil Pujut
Diterbitkan:  Jun 7, 2017 1:28 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

ADUN DAP Sarawak,  Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan jawatannya, hari ini memfailkan saman memohon mahkamah supaya menangguhkan pilihan raya kecil Pujut.

Menurut saman pemula yang dilihat oleh Malaysiakini, Dr Ting mahu kehilangan kelayakannya sebagai ADUN Pujut diisytiharkan tidak sah.

Dr Ting juga memohon pengisytiharan Mahkamah Tinggi Kuching untuk menangguhkan keputusan kehilangan kelayakannya dan pilihan raya kecil itu, sehingga mahkamah membuat keputusan.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan hari penamaan calon pada 20 Jun, manakala pengundian akan dijalanlan pada 4 Julai.

Pada 12 Mei lalu, Dr Ting dilucutkan keahlian dewan serta-merta mengikut Perlembagaan Sarawak, kerana memiliki dua kewarganegaraan - Malaysia dan Australia.

Pada pilihan raya negeri ke-11 Mei tahun lalu, calon DAP itu menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

 

 

 

 

 

 

 

 

Ditanya sama ada beliau yakin akan berjaya perintah untuk menangguhkan pilihan raya kecil itu, Ting memberitahu Malaysiakini bahawa ini adalah sesuatu yang SPR perlu dilakukan, sementara menunggu keputusan muktamad mahkamah.

"Saya percaya Malaysia dan Sarawak masih boleh menjadi sebuah negara yang percaya kepada undang-undang dan perlembagaan.

"Adalah penting bahawa kerajaan yang memerintah dan sistem kehakiman memberi keyakinan kepada orang ramai," katanya.

Dr Ting menamakan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai defendan pertama, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh sebagai defendan kedua, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kerajaan Sarawak, dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.

Pendengaran permohonan itu kemudiannya ditetapkan 10 Julai, jam 9 pagi.

Ting, diwakili pasukan lapan peguam diketuai peguam kanan Chong Siew Chiang.

Sementara itu, Bernama memetik Pengerusi DAP Sarawak DAP Chong Chieng Jen, ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah sebagai berkata satu perisytiharan bahawa prosiding dan keputusan dewan undangan negeri itu yang membawa kepada hilang kelayakan plaintif tidak kebal dari semakan mahkamah.

Beliau berkata perlucutan kelayakan plaintif adalah bertentangan dengan peraturan keadilan asasi dan juga melanggar perlembagaan Negeri Sarawak, khususnya Artikel 17(1)(g) di dalamnya dan/atau Artikel 118 Perlembagaan Persekutuan dan/atau Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan.

"Perlucutan kelayakan Dr Ting hanya boleh dibuat menerusi Petisyen Pilihan Raya dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang telahpun habis dirujuk sebelum keputusan dewan undangan negeri," kata beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS