Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mogok lapar depan pejabat SPR Perak esok
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 11:54 AM
Dikemaskini: 10:03 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang S Kesavan akan bermogok lapar dengan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak esok.

Menurut undangan media Komunikasi PKR, tindakan itu akan dibuat bagi mendesak suruhanjaya itu “menerima borang bantahan (c) sebanyak 200 keping lagi pada kadar RM2,000”.

Mogok lapar itu dijadual diadakan lapan jam sehingga jam 5 petang esok.

“Satu sidang media akan diadakan jam 4 petang di perkarangan pejabat SPR Perak,” menurut undangan media itu lagi.

Pembangkang pada 19 Mei lalu membuat bantahan terhadap 129 pengundi meragukan dalam daftar pemilih tambahan dan sebagai tanda protes membayar deposit RM1,290 dalam bentuk wang syiling.

Mereka juga sebelum itu membawa mesin fotokopi sendiri dan penjana elektrik (generator) di kawasan pameran awam untuk membuat salinan daftar itu.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Kesavan memberitahu bahawa beliau mengadakan mogok lapar sehingga jam 5 petang kerana menghormati bulan Ramadan.

Malah, menurutnya lagi, beliau hanya boleh berada dalam kawasan pejabat SPR sehingga jam 5 petang- pada waktu bekerja bagi mengelak ditangkap polis.

"Saya sebenarnya nak teruskan mogok lapar tapi ada halangan. Saya hanya boleh buat sehingga jam 5 petang sahaja kerana kalau tidak saya akan dituduh sebagai menceroboh (kawasan pejabat SPR," katanya.

Selain itu, Kesavan berkata lagi beliau berharap agar penyokong Pakatan Harapan di Perak akan hadir memberikan sokongan kepadanya bagi memastikan borang bantahan akan diterima SPR esok.
 


Bantahan pengundi dibayar dengan 20,000 keping syiling

Lihat Komen
ADS