Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BERSIH adu Suhakam ekoran siasatan polis
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 6:41 PM
Dikemaskini: 10:48 AM

BERSIH 2.0 hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membuat aduan mengenai dakwaan gangguan polis terhadap gabungan itu.

Dalam memorandumnya, BERSIH menegaskan bahawa polis telah menjalankan 119 tangkapan dan siasatan terhadap aktiviti berkaitan NGO itu antara Oktober 2016 dan Mei 2017.

Katanya, gangguan itu melanggar kebebasan bersuara dan cubaan menyemai rasa takut dalam kalangan sukarelawan dan kakitangan BERSIH, sekali gus menakutkan orang ramai daripada menyatakan pendapat mereka.

"BERSIH menyeru Suhakam menjalankan fungsi dan kuasanya untuk menjalankan siasatan terhadap gangguan hak asasi manusia yang melibatkan aktiviti BERSIH oleh polis, ketua polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan," katanya.

Memorandum itu diserahkan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan timbalannya, Shahrul Aman Mohd Saari di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur.

Ia diterima oleh pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph, Lok Yim Pheng dan Godfrey Gregory. Memorandum itu juga menjelaskan jumlah siasatan yang dikategorikan seperti berikut:

  • 63 siasatan atau tangkapan ke atas konvoi BERSIH 5

 

  • 36 siasatan ke atas perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November 2016.

 

  • 14 siasatan berkaitan penahanan Maria.
  • Tujuh siasatan ke atas acara nyalaan lilin bebas Maria.

Ia berkata siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1960 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Lihat Komen
ADS