Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS tolak budaya samseng, kata Hadi Awang
Diterbitkan:  Jun 8, 2017 8:27 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa di tanah air tercinta.

"Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan.

"Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia," kata beliau dalam kenyataan itu.

Ahli Parlimen Marang itu melahirkan kerisaukan setelah berlakunya beberapa insiden yang 'viral' di media sosial tentang gejala baru dalam masyarakat seperti pukul sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dan tanpa soal siasat sehingga membawa kes kematian dan budaya membuli.

Mengulas lanjut, jelas Abdul Hadi, gejala seperti itu telah mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan bangsa.

"Lapor dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

"Bertindak sendirian seperti memukul kerana marah tanpa usul periksa dan siasatan boleh mengundang insiden yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian," tambah beliau lagi.

Lihat Komen
ADS