Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aktivis dakwa TN50 menjurus 'penglibatan terpilih'

NGO yang menjalankan aktiviti sukarela membantu pengguna dadah dan aktivis LGBT mengkritik Transformasi Nasional 2050 (TN50) kerana mendakwa ia menjuruskan kepada penglibatan terpilih, dengan mendakwa tiada seorang pun daripada mereka telah dimaklumkan atau dijemput untuk menghadiri sesi dialognya walaupun mereka dikenali melalui aktiviti yang mereka jalankan.

Dua sesi dialog TN50 telah diadakan dengan pengguna dadah dan anggota komuniti LGBT baru-baru ini.

Mewakili Malaysia menyampaikan ucaptama di persidangan World Harm Reduction 2017 di Kanada, Haryati Jonet memberitahu Malaysiakini bahawa dia dan rakan-rakannya tidak dimaklumkan mengenai sesi dialog tersebut.

"Malangnya, saya tidak dijemput.... Jika TN50 mahu bercakap tentang dadah dan isu-isu lain yang berkaitan, kami di MAC boleh menyelaraskan supaya NGO dan pengguna dadah dari seluruh negara (untuk hadiri)," katanya.

Sesi Jumaat lepas telah dihadiri oleh 70 pengguna dadah yang aktif dan beberapa sukarelawan dari pusat berteduh IKHLAS di Chow Kit di mana sesi dialog itu telah diadakan.

Isu yang dibangkitkan oleh peserta termasuk kesukaran akses kepada rawatan, sukar mendapatkan pekerjaan dan kebajikan asas. Tiada NGO yang dilihat hadir di sesi dialog tersebut.

Haryati hanya mengetahui mengenai sesi dialog itu selepas seorang rakan menaikkannya di Facebook, pada hari sesi itu diadakan.

Menurutnya, mereka di sesi dialog itu hanya mengumpul maklumat dari kumpulan yang sangat kecil.

Sesi TN50 pada masa lalu dihadiri sehingga 1,000 orang.

Selaras dengan misi pihak penganjur untuk melibatkan kumpulan berkenaan, sesi dialog TN50 juga telah diadakan dengan anggota komuniti LGBT.

Sekumpulan kecil 20 orang bertemu Isnin lepas di Pejabat Pertubuhan Amal Firdausi (Pafi) di bandar Baru Ampang Pertubuhan Amal Firdausi (Pafi) - sebuah NGO Islam yang fokus kepada isu-isu LGBT.

"Mengapa aktivis LGBT lain tidak tahu tentang perkara ini?" tanya pengasas bersama Seksualiti Merdeka yang juga aktivis LGBT, Pang Khee Teik.

Namun beliau berharap dalam sesi berikutannya, kerajaan akan mula melibatkan lebih ramai orang dan kumpulan LGBT.

"Rakyat Malaysia bukan kumpulan seragam dengan keinginan seragam.

"Marilah bercakap dengan kami semua dan anda akan melihat yang kami mempunyai impian yang besar untuk Malaysia," katanya merujuk kepada tema TN50 di mana peserta diminta untuk menyumbang aspirasi mereka untuk negara dalam menuju 2050.

Penganjur sesi itu, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohammad Rizan Hassan, mengakui tidak menjemput aktivis lain tetapi mempertahankan pendekatan beliau.

"Kami tidak mahu input yang tidak seimbang, kita mahu untuk mensasarkan orang Islam dahulu," katanya.

Menurutnya adalah lebih sesuai untuk mengadakannya dengan orang Islam, dan kemudian orang bukan Islam, dan kemudian dengan operator (NGO).

"Jika ada campuran, kita tidak akan mendapatkan input yang kukuh," katanya memberi alasan.

Beliau bagaimanapun memberi isyarat kemungkinan penglibatan berasingan pada masa depan, dengan kumpulan yang terlepas kali ini.

"Ini bukan program yang pertama dan terakhir, mereka (NGO lain) boleh menghubungi kami untuk sesi akan datang," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS