Bantuan khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Johor
Diterbitkan: Jun 9, 2017 3:02 PM | Dikemas kini: Jun 9, 2017 3:04 PM
Seramai 19,100 penjawat awam negeri Johor bakal menerima bantuan khas kewangan RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini berkata pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 16 Jun ini.
"Pemberian bantuan kewangan itu bagi meringankan beban kewangan penjawat awam. Semoga ia akan memeriahkan lagi sambutan lebaran kali ini," katanya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.