Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salahkan diri kamu, bukan Najib, kata Gerakan
Diterbitkan:  Jun 9, 2017 5:27 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Naib Presiden Gerakan, A Kohilan mengingatkan Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) Tan Sri P Waytha Moorthy mengenai apa yang berlaku sebelum pilihan raya umum lepas.

Mendakwa Moorthy sepatutnya menyalahkan diri sendiri, Kohilan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menerima pelan tindakan pergerakan itu yang membawa kepada memorandum persefahaman (MoU) untuk membawa lebih ramai kaum India dalam arus pembangunan negara.

Timbalan menteri luar negeri itu menambah bahawa gabungan pembangkang juga enggan mempertimbangkan atau menyokong tuntutan pelan berkenaan.

Menjawab tuduhan bahawa BN tidak memenuhi syarat MoU dan memperdaya masyarakat India, Kohilan juga mengingatkan Waytha Moorthy bagaimana Najib telah melantik pemimpin PHM itu sebagai senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Waytha Moorthy telah dilantik sebagai seorang senator dan  timbalan menteri bagi menyelia usaha kerajaan menaik taraf sosioekonomi masyarakat India tetapi dia gagal.

"Ia keputusannya sendiri meletakkan jawatan dan melepaskan peranan, hanya dirinya perlu disalahkan, bukan PM atau kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS