Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BERSIH persoal arahan percepatkan kes persempadanan SPR
Diterbitkan:  Jun 9, 2017 5:54 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Kumpulan reformasi pilihan raya, BERSIH mendakwa Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif mengeluarkan arahan supaya dua kes yang mencabar proses persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercepatkan.

Menurut BERSIH, perkara itu dibangkitkan ketika pengurusan kes di Selangor dan Melaka, di mana peguam berhadapan dengan tarikh yang tidak boleh dikompromi.

Dalam kes cabaran yang dikemukana oleh kerajaan negeri Selangor, pengurusan kes itu ditetapkan pada 6 Julai.

"Ia secara tiba-tiba dibawa ke hari ini (9 Jun). Pada pengurusan kes, peguam dimaklumkan bahawa Ketua Hakim Negara mengarahkan perbicaraan ditetapkan pada 20 Jun 2017 - peguam hanya mempunyai kurang daripada 5 hari untuk memfailkan hujahan bertulis dan perbicaraan dijadualkan dalam masa seminggu sebelum Hari Raya," kata jawatankuasa pemandu BERSIH dalam satu kenyataan.

Satu lagi cabaran yang dikemukakan oleh penduduk di Melaka ke atas SPR juga menjalani pengurusan kes hari ini dengan peguam kes itu juga menghadapi "arahan tanpa kompromi yang sama", katanya.

Perbicaraan kes itu itetapkan pada tarikh yang sama - 20 Jun.

"BERSIH menuntut penjelasan mengapa kedua-dua kes, secara kebetulan, mempunyai tarikh yang tidak dibenarkan permohonan pindaan oleh peguam.

"Adalah sangat luar biasa bagi mahkamah untuk memaksa pihak-pihak untuk bersetuju atau untuk menetapkan kes pada tarikh di mana peguam adalah sibuk, terutamanya jika terdapat kes-kes lainyang telah ditetapkan lebih awal.

"Ketua Hakim Negara mesti menjelaskan mengapa keperluan untuk tergesa-gesa dan mempercepatkan tarikh tanpa sebarang alasan yang diberikan," kata BERSIH.

BERSIH berkata peguam memerlukan masa yang mencukupi untuk membuat persediaan bagi setiap kes mereka.

Ia mengulangi bahawa persempadanan semula SPR adalah tidak adil dan melanggar perlembagaan serta undang-undang pilihan raya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS