Calon BN Pujut belum diputuskan lagi

   

BN Sarawak masih belum membuat keputusan parti komponennya akan bertanding pada pilihan raya kecil Pujut yang akan diadakan pada 4 Julai ini.

"Sama ada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) atau Parti Rakyat Bersatu (UPP), kita akan serahkan (pemilihan calon) kepada ketua menteri untuk membuat keputusan.

"Bagi saya secara peribadi, ia bukan tentang UPP atau SUPP. Ia keupayaan calon untuk menang. Saya fikir adalah sangat penting bagi kita untuk memenangi pilihan raya kecil ini," kata Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau yang juga menteri bekalan air dan elektrik luar bandar Sarawak itu menambah, BN negeri telah mencapai kata sepakat bahawa kerusi itu perlu diberikan kepada masyarakat Cina.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas majlis berbuka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rundi berkata, keputusan muktamad mengenai calon BN itu terletak di tangan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Rundi juga menyebut injunksi yang difailkan oleh Ting Tiong Choon dari DAP pada 9 Jun akan diputuskan pada 19 Jun iaitu sehari sebelum hari penamaan calon pada 20 Jun ini.

"Dalam mana-mana pilihan raya, kita perlu menempuhinya dengan keyakinan. Jika tidak, tiada gunanya. Kami yakin dan kita perlu meyakinkan mereka mengenai apa yang baik untuk rakyat Miri.

"Kami harap rakyat akan menyokong BN tak kira siapa calonnya," tambahnya.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda