Paling Popular
Terkini

Mahkamah Majistret Johor Bharu membenarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap sukarelawan Invoke, Gerald Tang, menurut peguam Jimmy Puah.

Beliau berkata pegawai penyiasat memberitahunya bahawa polis akan memaklumkan sama ada Tang akan didakwa, dibebaskan, atau reman dilanjutkan petang esok.

"Saya baru sahaja bercakap dengan pegawai penyiasat. Petang Isnin, kami akan menghubungi antara satu sama lain dan kita akan tahu apa yang polis akan lakukan," katanya kepada Malaysiakini hari ini ketika dihubungi selepas prosiding reman.

Tang diwakili di oleh Puah, yang juga Timbalan Ketua PKR Johor dan ketua PKR, Johor Hassan Karim. Puah berkata pendengaran kes itu berlaku kira-kira pukul 4 petang ini.

"Mereka (polis) meminta (reman) empat hari. Kami kata siasatan sepatutnya siap, ini adalah kes berprofil tinggi dan ia melanggar hak kebebasan klien saya dan hak perlembagaan.

"Hakim menyingkatkan kepada dua hari, jadi dia akan direman lanjut hari ini dan esok," kata Puah.

Tang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam semalam apabila muncul untuk disoal siasat berhubung siasatan terhadap kehilangan surat dan dokumen dari peti surat di Taman Molek, Johor Bharu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Jokhiri Abdul Aziz sebelum ini berkata, Tang disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang meliputi hukuman bagi kecurian.

Menurut penyelaras Invoke, Rafizi Ramli, Tang telah membantu kumpulan itu dalam mengesahkan alamat perniagaan Godfrey Group Ltd, yang dikatakan terlibat menyediakan khidmat kepada pelobi yang juga bekas pembantu kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, untuk menggalakkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS