Lapan maut: Pemandu treler direman empat hari
Diterbitkan: Jun 12, 2017 2:24 PM | Dikemas kini: Jun 12, 2017 2:30 PM
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan yang meragut lapan nyawa di KM25 Jalan Bahau-Keratong semalam, direman empat hari mulai hari ini.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor berkata Norzailan Omar, 44, direman bagi membantu siasatan.
Ketika ditemui pemberita di perkarangan rumah mayat Hospital Jempol, beliau berkata treler berkenaan dan tiga kereta yang terbabit akan dihantar ke Puspakom dalam masa terdekat untuk siasatan punca kemalangan.
Tiga kereta itu ialah Proton Exora yang terperosok di bawahnya dan terbakar menyebabkan enam orang di dalamnya rentung, selain Perodua Myvi dan Toyota Vios.
-Bernama

