Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga minyak turun, RON95 kini di bawah paras RM2
Diterbitkan:  Jun 14, 2017 6:26 PM
Dikemaskini: Dec 23, 2018 3:45 PM

Nota editor: Berita ini ditulis pada 14 Jun 2017. Bagaimanapun, ia ditularkan semula di media sosial hari ini (23 Dis 2018). 

Harga semua jenis minyak petrol dan diesel turun mulai jam 12.01 tengah malam ini. Penurunan itu adalah untuk minggu ketiga berturut-turut apabila harga minyak mentah dunia terus menunjukkan trend menjunam.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kedua-dua minyak RON95 dan RON97 akan turun 7 sen seliter kepada harga runcit baru sebanyak RM1.98 dan RM2.24.

Manakala diesel pula kini turun 6 sen, kepada RM1.88 seliter.

Ini adalah harga yang paling rendah bagi RON95, RON97 dan diesel sejak pelaksanaan sistem harga mingguan yang berkuat kuasa pada 30 Mac lalu.

Pengumuman dibawa oleh laman Facebook KPDNKK.

Harga bahan bakar itu ditentukan prestasi harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan mata wang pada minggu sebelumnya.

Semalam, Bank Dunia melaporkan bahawa harga minyak adalah antara faktor utama yang menyaksikan Malaysia mencatatkan kadar inflasi tertinggi sejak November 2008 pada suku pertama 2017.

 
Lihat Komen
ADS