Paling Popular
Terkini

Lebih 190 penggubal undang-undang Demokrat menyaman Presiden Donald Trump di mahkamah persekutuan pada hari Rabu, dengan berkata beliau telah menerima dana dari kerajaan asing melalui perniagaannya tanpa persetujuan kongres yang melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat.

Aduan itu berkata Trump tidak mendapatkan kelulusan Kongres untuk sebarang bayaran yang diterima ratusan perniagaannya daripada kerajaan asing sejak beliau memegang jawatan pada bulan Januari, walaupun Perlembagaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Rumah Putih tidak memberi respons kepada permintaan untuk mendapat komen tetapi telah berkata kepentingan perniagaan Trump tidak melanggar Perlembagaan.

Trump Organization telah berkata ia akan menderma keuntungan daripada pelanggan yang mewakili kerajaan asing kepada Perbendaharaan AS tetapi ia tidak memerlukan pelanggan tersebut mengenal pasti diri mereka.

Sekurang-kurangnya 30 senator AS dan 166 perwakilan adalah plaintif dalam saman itu, yang mewakili sebilangan terbesar penggubal undang-undang yang pernah menyaman seorang presiden Amerika Syarikat, demkikan menurut dua daripada mereka yang menjadi plaintif.

Ia adalah yang terbaru dalam siri tindakan undang-undang terhadap presiden Republikan itu.

Klause Perlembagan mengenai "Emolumen asing" melarang pegawai AS daripada menerima pembayaran dan pelbagai hadiah lain dari kerajaan asing tanpa kelulusan Kongres.

Penggubal undang-undang memohon perintah kehakiman untuk menghendaki Trump mendapatkan persetujuan Kongres sebelum dia menerima bayaran tersebut.

"Kegagalan presiden untuk memberitahu kami tentang emolumen ini, untuk mendedahkan bayaran dan manfaat yang dia terima, bermakna kita tidak boleh melakukan tugas kita. Kita tidak boleh bersetuju dengan apa yang kita tidak tahu," kata Richard Blumenthal, senator utama menerajui saman itu.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS