Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Presiden Donald Trump mengakui bahawa beliau secara peribadi sedang disiasat sebagai sebahagian daripada siasatan dakwaan campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden Amerika tahun lepas dan kemungkinan wujud pakatan sulit dengan kempennya - satu siasatan yang menyelubungi pentadbiran sejak memegang jawatan lebih lima bulan lalu.

"Saya sedang disiasat kerana memecat Pengarah FBI oleh orang yang memberitahu saya supaya memecat pengarah FBI! Witch Hunt," tulis Trump di Twitter.

Trump tidak menyatakan siapa yang dimaksudkannya, tetapi dia dilihat merujuk kepada Timbalan Peguam Negara Rod Rosenstein, pegawai No 2 di Jabatan Kehakiman. Rosenstein melantik Robert Mueller pada 17 Mei sebagai peguam khas untuk mengetuai siasatan terhadap dakwaan campurtangan Russia itu.

Rosenstein adalah juga penulis surat pada bulan Mei kepada Trump, mengkritik prestasi Pengarah FBI James Comey. Walaupun pentadbiran Trump pada mulanya berkata surat itu adalah sebab presiden memecat Comey pada 9 Mei, Trump kemudian berkata beliau berbuat demikian kerana "perkara yang berkaitan dengan Russia itu".

Comey memberitahu panel Senat minggu lepas bahawa beliau percaya Trump memecatnya kerana siasatan FBI terhadap dakwaan campur tangan Russia itu.

Comey juga memberi keterangan bahawa Trump telah mengarahkannya untuk menggugurkan siasatan FBI terhadap bekas penasihat keselamatan negara Michael Flynn.

Seseorang yang biasa dengan siasatan Mueller, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata kelmarin Mueller sedang meneliti sama ada Trump atau orang lain cuba menghalang siasatan berhubung dakwaan campur tangan Russia itu.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS