Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkenaan siasatan polis terlibat rasuah jika ada keperluan untuk itu.

"Ia bergantung kepada proses siasatan sama ada terdapat keperluan atau tidak untuk itu (memanggil Khalid)," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Dzulkifli Ahmad kepada pemberita hari ini.

Seramai 12 suspek, sebahagian besar daripada mereka adalah pegawai polis ditahan oleh SPRM dalam operasi bulan lepas yang diberi kod "Ops Gopi".

Sarawak Report mendakwa salah seorang suspek utama, Gopinathan Krishnan memainkan peranan penting dalam menguruskan perlindungan polis di pusat perjudian dan rumah-rumah pelacuran di Melaka.

Khalid, pada Rabu yang lepas, mengaku mengetahui Gopinathan tetapi menegaskan bahawa mereka ini perlu "menjawab" jika beliau terlibat dalam aktiviti haram.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS