Najib serah bantuan asnaf RM2.6j di Pekan
Diterbitkan: Jun 17, 2017 6:56 PM | Dikemas kini: Jun 17, 2017 6:56 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyerahkan bantuan bernilai RM2.6 juta kepada mereka yang memerlukan di kawasan Pekan.
"Saya serahkan bantuan sebanyak RM2.6 juta kepada 6,347 orang golongan asnaf di Pekan," kata beliau dalam catatan di Twitter, hari ini.
Dana tersebut, jelasnya, adalah hasil sumbangan zakat oleh beberapa organisasi.
Najib, bersama-sama dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai jadual padat di Pekan hari ini.
Selepas menyampaikan bantuan tersebut, Najib kemudian menghadiri majlis memasak bubur menjelang berbuka puasa.

