Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Trump tidak dimaklumkan beliau sedang disiasat'
Diterbitkan:  Jun 19, 2017 9:22 AM
Dikemaskini: 1:25 AM

GLOBAL l Salah seorang peguam peribadi Presiden Donald Trump dalam satu temubual televisyen pada Ahad lalu berkata bahawa presiden itu tidak berada di bawah siasatan kerana menghalang pelaksanaan undang-undang, tetapi apabila diasak, beliau berkata, dirinya tidak pasti.

"Hakikatnya, ialah presiden belum dan tidak disiasat," kata Jay Sekulow, seorang anggota baru pasukan peguam Trump dalam rancangan CBS "Face the Nation", Ahad lalu.

Rancangan sejam itu adalah antara empat wawancara yang dihadiri oleh Sekulow.

Terdapat beberapa laporan berita dan tweet dari Trump sendiri pada Jumaat lalu yang berkata: "Saya sedang disiasat."

Diasak oleh "Fox News Sunday" mengenai isu sama, Sekulow berkata beliau tidak dapat pastikan bahawa Trump tidak akan disiasat tetapi tidak ada sesiapa yang memaklumkan pasukan peguam berkenaan jika itulah yang berlaku.

Lazimnya, subjek penyiasatan persekutuan tidak tahu mereka berada di bawah penelitian, terutamanya dalam fasa awal.

Satu sumber yang biasa dengan siasatan Mueller berkata bahawa penyiasat perlu mengumpulkan sejumlah besar bukti sebelum boleh menyoal-siasat dengan presiden itu.

Trump, yang menafikan sebarang pakatan sulit antara kempennya dengan Rusia, sering membidas dakwaan yang dilemparkan itu.

Mueller, peguam khas yang dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Keadilan untuk menyiasat pcampur tangan Rusia itu, sedang menyiasat sama ada terdapat sesiapa yang bersekutu dengan Trump atau kempennya mengadakan sebarang urusan haram dengan pegawai-pegawai Rusia atau orang lain yang mempunyai kaitan dengan Kremlin.

Sebelum ini, pegawai-pegawai Rusia menafikan campur tangan dalam pilihan raya AS itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS