Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
FGV: Sulaiman Mahbob bakal diumum ganti Isa?
Diterbitkan:  Jun 19, 2017 11:37 AM
Dikemaskini: 4:11 AM

Rombakan sedang dijalankan di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan pengerusi barunya yang bagi menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal diumumkan lewat hari ini.

Akhbar Berita Harian dan New Straits Times memetik sumber yang menyebut Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dijangka dilantik menggantikan Mohd Isa.

Malam tadi, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad juga dipetik sebagai berkata, perlu ada perubahan kepimpinan di FGV, tetapi tidak menyatakan sama ada orang yang hendak digantikan adalah Mohd Isa.

Mohd Isa berdepan bantahan sejak lembaga FGV, di bawah kepimpinan beliau, meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad dan beberapa eksekutif lain untuk 'bercuti' atas alasan melanggar peraturan tadbir urus korporat.

Zakaria mendakwa beliau cuba menghentikan pelaburan bernilai ratusan juta ringgit yang 'tidak masuk akal' oleh lembaga pengarah dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras perladangan FGV.

Baru-baru ini, Datuk Seri Idris Jala, sebagai pihak bebas yang dilantik untuk menangani kemelut yang melanda FGV telah menyiapkan laporannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Malaysiakini sudah menghubungi Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad, dan Sulaiman untuk mendapatkan komen mereka mengenai berita ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS