Dr M bidas sikap tak acuh AG terhadap saman DOJ

   

Reaksi Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung tindakan terkini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap penyelewengan dana 1MDB adalah "menggelikan hati", kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisan di blog sejak DOJ memfailkan saman sivil pada Khamis lalu, bekas perdana menteri itu berkata, kenyataan Apandi bahawa Jabatan Peguam Negara tidak dirujuk oleh DOJ adalah aneh memandangkan Malaysia tidak pernah memberikan kerjasama dengan penyiasat asing.

"Tetapi peguam negara diketahui tidak bekerjasama dalam siasatan 1MDB dengan rakan asing. Peguam negara Switzerland telah menyatakan ini dengan jelas.

"Beliau menyatakan 'walaupun berulang kali (Peguam negara Malaysia) berkata akan bekerjasama dengan mana-mana agensi asing menyiasat skandal 1MDB, (ia) enggan memberikan jawapan kepada permintaan pejabat Peguam Negara Switzerland untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai isu itu'," tulis Mahathir .

Beliau merujuk dakwaan berulang kali oleh Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bahawa rakan sejawatannya dari Malaysia tidak menyahut permintaan untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

Apa yang AG harapkan?

Mahathir juga berkata "kekecewaan" Apandi  bahawa DOJ gagal memaklumkan Jabatan Peguam Negara Malaysia adalah tidak berasas kerana tuduhan pengubahan wang haram itu berlaku di Amerika Syarikat.

"Sama ada penjenayah Malaysia atau bukan, adalah tidak relevan. Apakah AG Malaysia mengharapkan untuk masuk campur dalam pernyataan 250 halaman yang telah dikeluarkan?

"Adakah dia mengharapkan bahawa DOJ akan mengisytiharkan pernyataan itu adalah rahsia rasmi, yang akan disembunyikan daripada orang ramai? Adakah dia mengharapkan DOJ mengisytiharkan bahawa tidak ada sebarang salah laku berdasarkan pernyataan itu?

"Adakah dia mengharapkan DOJ akan menyoal 'Malaysian Official 1' bagi mengesahkan bahawa dia tidak terlibat dalam mana-mana salah laku?

"Adakah dia mengharapkan DOJ menutup kes itu selepas penjenayah yang dituduh telah menafikan dia telah melakukan sebarang salah laku?" soal Mahathir.

[Baca berita penuh]

 

 

 

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda