Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SD 'skandal seks': Pembantu Rosmah cabar Muhyiddin lapor polis
Diterbitkan:  Jun 20, 2017 3:27 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Pembantu isteri perdana menteri, Rosmah Mansor menyiarkan kembali akuan berkanun (SD) yang menuduh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai skandal seks.

Memuat naik SD oleh bekas timbalan pendakwa raya Stanley Clement Augustin di akaun Facebooknya, Datuk Rizal Mansor menggesa Muhyiddin membuat laporan polis jika tuduhan tersebut palsu.

"Jika SD itu tidak benar, silakanlah buat laporan polis.

"Bukan hendak menyindir. Tetapi sekadar nak bertanya. Inikah ciri-ciri anak seorang guru agama. Bukan soal diri atau nafsu, tapi akuan bersumpah ini soal apa. Soal kepentingan rakyat atau kepentingan nafsu.

"Mudahnya perjuangan. Jual nama anak guru agama kemudian kata berjuang untuk rakyat," kata Rizal di akaun Facebooknya.

Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamarudin menerbitkan SD tersebut. Muhyiddin yang kini presiden Parti Pribumi Malaysia Bersatu (BERSATU) mendakwa ia sebagai fitnah yang bertujuan menjejaskan reputasinya.

Raja Petra kemudiannya berkata, Muhyiddin perlu menyaman semua yang terlibat untuk membersihkan namanya. Bagaimanapun, tiada tindakan sedemikian diambil sehingga kini.

Dalam SD bertarikh 7 Disember 2015 itu, seorang bekas ketua timbalan pendakwa raya (DPP) berkata beliau terlibat dalam prosiding perceraian dengan isterinya yang mempunyai hubungan dengan lelaki lain walaupun selepas perkahwinan mereka. Kes itu selesai tahun lepas.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Muhyiddin bagi mendapatkan komennya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, dalam status Facebook berasingan, Rizal juga mengulas gesaan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu masyarakat terus membincangkan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB sepanjang Aidilfitri.

“Syed Saddiq kalau nak jadi ahli politik yang matang dan tidak kelihatan bodoh, jangan malas membaca.

“Baca dan fahami apakah Datin Seri Rosmah benar-benar menerima berlian tersebut atau ini semua hanya cerita rekaan semata-mata? Pandai bercakap dan berdebat belum tentu akalnya sempurna,” katanya.

Beliau menegaskan DOJ tidak pernah sama sekali sebut nama Rosmah sebagai penerima apa jua barang kemas.

Syed Saddiq hari ini berkata, perbincangan harus tertumpu kepada dakwaan bahawa sejumlah AS$27.3 juta yang didakwa diselewengkan dari 1MDB digunakan untuk membeli barangan kemas termasuk berlian untuk isteri Malaysian Offical 1 (MO1).

Lihat Komen
ADS