Premium bagi tanah yang digunakan untuk membina balai bomba dikurangkan sebanyak 75 peratus, berdasarkan kepada keputusan Majlis Eksekutif Selangor pada tahun 1997, kata pejabat Menteri Besar Selangor.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa premium tinggi oleh kerajaan Selangor menggangu pembinaan balai bomba di Setia Alam dan Bukti Rahman Putra.

"Oleh itu, dakwaan Noh bahawa kerajaan Selangor menuntut premium tinggi tidak tepat," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kerajaan negeri hanya mengenakan yuran nominal sebanyak RM1,000 jika tanah itu digunakan oleh kerajaan persekutuan untuk membina sekolah.

Ini adalah selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara dan arahan Jabatan Tanah dan Mineral yang dikeluarkan pada tahun 1997.

[Baca berita penuh]