Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MyEG pajak tanah di Johor RM10.76j
Diterbitkan:  Jun 21, 2017 10:14 PM
Dikemaskini: 2:14 PM

My E.G. Services Bhd menerima surat tawaran daripada Johor Corp untuk memajak tanah seluas 3,596 hektar di Johor Bahru pada kira-kira RM10.76 juta selama 30 tahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MyEG berkata tawaran berkenaan akan membolehkan syarikat membina kemudahan asrama sendiri di situ.

Ia berkata MyEG akan membiayai pajakan itu melalui dana dalaman.

"Pajakan tersebut tidak akan mempunyai sebarang kesan material kepada aset bersih sesaham dan nisbah hutang syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2017," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS