Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Momentum ekonomi positif antara Ogos-Okt 2017
Diterbitkan:  Jun 22, 2017 2:04 PM
Dikemaskini: 6:05 AM

Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berterusan antara Ogos dan Oktober 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan Negeri berkata ini disokong oleh perubahan tahunan Indeks Pelopor (IP) dan Indeks Serentak (IS) yang kekal memihak pada April 2017.

"Perubahan tahunan IP, yang memantau prestasi ekonomi semasa, ke hadapan meningkat 1.4 peratus pada April ," katanya.

Jabatan itu bagaimanapun berkata perubahan IP bulan ke bulan mencatatkan penurunan 1.3 peratus kepada 117.3 mata pada bulan rujukan berbanding 118.8 mata sebelumnya.

"Komponen utama yang menyebabkan penurunan ialah import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (-0.6 peratus), bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (-0.6 peratust) dan bilangan syarikat baharu berdaftar (-0.4 peratus)," katanya.

Sementara itu indeks pelopor yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, terus meningkat kepada 3.8 peratus pada April berbanding 2.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Bagi perubahan bulan ke bulan, IP menunjukkan penurunan 0.2 peratus pada bulan rujukan disebabkan penurunan jumlah Indeks dagangan runcit (-0.5 peratus) dan indeks pengeluaran perusahaan (-0.1 peratus) .

- Bernama

Lihat Komen
ADS