Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Hanya sedikit janji yang telah ditunaikan oleh kerajaan Selangor dan Perak berbanding janji dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata sebuah NGO.

KUASA yang memantau prestasi kedua-dua kerajaan negeri itu berkata, Perak mendapat skor lebih rendah berbanding Selangor.

"Pengundi akar umbi mempunyai pendapat berbeza berhubung pencapaian Selangor dan Perak sepanjang empat tahun ini.

"Secara kualitatif, dari kanta mata pengundi, Selangor jelas ke hadapan berbanding Perak," katanya ketika mendedahkan laporan NGO itu dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Menurut Praba, sebanyak 18 janji mendapat skor tinggi di Selangor daripada 55 janji dalam manifesto mereka, manakala hanya 12 janji mendapat skor tinggi daripada 82 janji manifesto di Perak.

Antara janji yang mendapat skor tinggi di Selangor adalah untuk membina jambatan ketiga di Klang, peruntukan RM50 juta untuk pemberdayaan wanita, pemeriksaan mamogram percuma dan pemberian RM500 untuk pasangan baru kahwin.

Janji manifesto yang mendapat skor tinggi di Perak pula ialah pemberian RM200 kepada anak kelahiran Perak, RM20 kubik meter air untuk warga miskin dan RM350 bagi setiap anak yatim piatu dan warga emas berdaftar.

Sehubungan itu, dengan hasil laporan KUASA itu Praba berharap parti-parti politik yang bertanding tidak memberikan janji-janji manis atau sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

"Kurangkan janji melepaskan batuk di tangga kerana tiada hasil dan tidak memuaskan pengundi.

"Contohnya Perak berjanji untuk menggalakkan penghasilan tenaga yang boleh diperbaharui dan teknologi hijau tetapi tiada usaha untuk membolehkan perkara ini dijayakan," katanya.

Beliau turut menggesa agar kerajaan pimpinan PKR di Selangor mengembalikan Pilihan Raya Tempatan seperti yang dijanjikan dua tahun lalu.  

Selain, katanya isu mengenai rumah mampu miliki juga dilihat dapat menarik perhatian pengundi kali ini.

"Melihat ramai penduduk Selangor dalam kategori berpendapatan rendah, maka program rumah kos rendah bawah RM50,000 akan menjadi isu yang sememangnya menarik undi," katanya.

Bagi Perak pula, Praba menyarankan agar kerajaan negeri meningkatkan lagi peluang pekerjaan berbanding hanya 50,000 pekerjaan pada 2013.

Peluang pelancongan di Perak juga perlu di tingkatkan kerana ia menjana perniagaan baru kepada negeri berkenaan, kata Praba.

Lihat Komen
ADS