Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MoF umum telah keluarkan RFP
Diterbitkan:  Jun 23, 2017 11:51 AM
Dikemaskini: 4:33 AM

Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan telah mengeluarkan permohonan cadangan (RFP) kepada pemaju utama pembangunan Bandar Malaysia.

"Kementerian Kewangan ingin mengumumkan penerbitan RFP kepada pemaju induk berkaitan pembangunan Bandar Malaysia pada 23 Jun 2017.

"Syarikat itu mesti menunjukkan bagaimana rancangan perniagaan mereka memberi tumpuan dan memberi penekanan kepada tema penting dalam berkhidmat pada rakyat dan kepentingan negara Malaysia," kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kementerian juga menyenaraikan kriteria syarikat atau konsortium yang berminat harus memenuhi peranan pemaju induk. Kriteria itu termasuk:

-Gabungan syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500 untuk memastikan kekuatan kewangan.

-Gabungan syarikat yang telah mengumpulkan tidak kurang RM50 bilion hasil daripada keseluruhan nilai harta tanah dan perniagaan dalam tempoh tiga tahun.

-Pengalaman dalam projek pembangunan harta tanah berkualiti antarabangsa

RFP boleh diperoleh dari 5 Julai 2017, dari pejabat setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS