Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tanpa pelabur asing Malaysia akan miskin, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia akan menjadi sebuah negara miskin dan kurang berdaya saing sekiranya menolak pelaburan dari negara luar.

Malah, Najib turut berkata, terdapat pihak yang bersikap perkauman sebelum ini menyuarakan kebimbangan sekiranya negara menerima pelabur asing.

"Jika anda yang buta ekonomi, menolak pelaburan asing tanpa alasan dan kadangkala mengamalkan perkauman, ia akan membawa kepada negara Malaysia yang miskin dan kemerosotan daya saing.

"Terdapat sesetengah pihak yang masih lagi terperangkap dengan cara lama dalam berfikir, yang takut dengan pelabur luar- yang akan membuatkan negara hilang kedaulatan.

"Biar saya beritahu anda, yang ia tidak akan berlaku di bawah pemerhatian saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) di ibu negara hari ini.

Manfaat pada rakyat

Sebelum ini, beberapa pihak terutamanya dari pembangkang mengkritik tentang peningkatan kehadiran pelabur China ke negara ini.

Malah, akhbar Financial Times Singapura turut melaporkan, pelabur China muncul sebagai pelabur hartanah terbesar di Malaysia dengan urusniaga lengkap bernilai AS$2.1 bilion (RM9.25 bilion) dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Menurut laporan itu, Malaysia muncul sebagai destinasi pilihan bagi pelabur China yang mencari alternatif lebih murah berbanding Australia dan Hong Kong.

Ia juga menyatakan bahawa Singapura secara tradisinya menjadi antara pelabur hartanah terbesar di Asia dan pelabur asing terbesar di Malaysia, tetapi China mula meningkatkan pelaburannya ketika hubungan politik antara Beijing dan Kuala Lumpur yang semakin erat memudahkan hubungan perdagangan.

Ekoran itu, Najib berkata, kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima pelabur luar tanpa mengira dari mana mereka datang.

"Kita tahu, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, membawa masuk teknologi baru dan menambah nilai eksport adalah baik untuk negara kita dan rakyat.

"Begitu juga dengan rakan kongsi kita kerana dengan adanya peningkatan perdagangan ia bukan zero sum game tetapi satu perkara yang memberi manfaat," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS