Malaysia sambut Aidilfitri esok
Diterbitkan: Jun 24, 2017 8:15 PM | Dikemas kini: Jun 25, 2017 9:04 AM
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 25 Jun " katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran radio dan televisyen tempatan.
- Bernama

