Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Video pelajar mabuk dibuli rakan sedang disiasat

Kementerian Pendidikan sedang menyiasat video memaparkan sekumpulan remaja berpakaian uniform sekolah mengganggu rakan mereka yang dipercayai mabuk, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan.

Perbuatan berkenaan dipercayai berlaku di luar kawasan sekolah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai video berkenaan semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya, hari ini.

Video dua minit setengah itu dipercayai membabitkan lapan orang pelajar dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural, Khamis lalus

Dalam video itu, kesemua mereka juga dilihat saling berbalas kata-kata tidak sopan dalam bahasa Tamil.

Kamalanathan berkata kementerian memandang berat akan hal itu dan akan berusaha menyelesaikan masalah disiplin pelajar secara total termasuk menyasarkan sifar kes buli.

Kementerian Pendidikan akan sentiasa terima pandangan dan teguran orang ramai untuk bantu dalam menyelesaikan masalah itu, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS