Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

ULASAN l Rasulullah SAW pernah di tanya. Bagaimana seorang Muslim harus menjalankan tugasnya untuk memperkuatkan ummah sejagat. Rasulullah SAW bersabda, "Sekiranya boleh gunakan tangan." Maksudnya seorang umat Muslim harus cuba untuk menangani masalah itu. Tapi Rasulullah SAW juga bersabda, "Sekiranya tidak boleh, maka gunakan lidah." Maksudnya, harus menasihati seseorang itu untuk mengikut jalan yang benar.

Dan seterusnya, Rasulullah SAW bersabda lagi, "Sekiranya masih gagal, maka gunakan hati." Maksudnya, umat Muslim harus doa kepada Allah SWT untuk memberikan hidayah kepada seseorang yang sudah sesat di pangkal jalan.

Hadis ini penting sekali, kerana ia memberi cara-cara yang berlainan untuk membuka hati seseorang. Dan yang lebih penting lagi, ia menunjukkan cara yang pernuh dengan hikmah. Tidak sekali-kali, Rasulullah SAW mengajak umat Muslim untuk berperang atau pun berperang lidah.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) cukup serasi dengan cara ini. Ia mengikut hukum dan shariah Islam. Ia juga mengikut lunas-lunas cara kehidupan Malaysia, terutamanya di negara yang majmuk dan prinsip demokrasi yang diguna pakai di Malaysia.

Nasihat buat PM

Sesungguhnya, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muyiddin Yassin, dan juga Dato Seri Mukriz Mahathir telah menggunakan cara tersebut untuk menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tetapi, yang sedihnya, Najib telah mementingkan kepentingannya sendiri, tanpa mengendahkan kepentingan negara.

Tidak kira 1MDB, Felda, ataupun Umno, ketiga tiga bekas atau rangka politik Melayu, umat Muslim dan Malaysia telah dihancurkan. Dari segi kewangan, nama baik orang Melayu, sebagai satu kaum yang bijak dan progresif, telah dikucar kacirkan di sektor kewangan antarabangsa.

Sekiranya Moody's, Standards and Poors and Fitch Ratings, tiga agensi kredit antarabangsa mengetahui bahawa syarikat Malaysia akan meminjam dari institusi kewangan antarabangsa, risiko peminjaman akan dipertingkatkan. Ini bermakna bahawa kos peminjaman akan menjadi lebih tinggi.

Memandangkan Bandar Malaysia kini memerlukan lebih daripada RM50 billion untuk membina tapak pembinaan itu, kos pembinaan akan mencecah lebih daripada jumlah ini. Kerana risikonya sudah naik mendadak, sebaik sahaja institusi kewangan menyedari bahawa si peminjam itu adalah Najib yang juga adalah menteri kewangan dan perdana menteri.

Kuasa di tangan rakyat

Tapi, keadaan yang keruh dan menyedihkan ini, tidak harus melarang rakyat Malaysia dari melakukan apa yang terbaik bagi negara kita. Kuasa masih di tangan rakyat. Sekiranya Pakatan Harapan boleh menumbangkan kerajaan Najib, segala gejala rasuah yang sudah meleluasa di Malaysia boleh ditangani.

Ingat suatu masa yang dahulu, gejala rasuah adalah hanyalah fakta dalam kehidupan di Malaysia. Kini rasuah telahpun menjadi cara kehidupan di Malaysia. (Corruption use to be a fact of life in Malaysia. Now it is the way of life).

Sebab itu, rakyat Malaysia harus memikirkan bagaimana untuk mengundi dengan bijak.

Cekap, bersih dan amanah

Dan undi itu harus berdasarkan tiga prinsip sahaja. Bagaimana kerajaan Malaysia boleh menjadi "cekap, bersih dan amanah."

Yang ironis nya, ini merupakan prinsip Mahathir pada penggal tahun 1981. Semasa pilihan rayanya yang pertama, di bawah naugan Mahathir, dia percaya bahawa "Cekap, Bersih dan Amanah" merupakan prinsip yang paling bagus. Dan tepat pada sasarannya, Malaysia mula menjadi sebuah negara yang membangun dan disegani orang asing sejak tahun 1980 puluhan.

Tetapi, di bawah Kerajaan Najib sejak 2009, Malaysia telah kian merosot. Kos penghidupan di bandar dan luar bandar terus naik dengan mendadak. Para graduan di Malaysia rata-rata tidak boleh mendapat kerja dengan gaji yang lumayan. Banyak lagi yang tidak boleh membeli rumah, biarpun rumah pangsa.

Dan ramai anak bujang di Malaysia langsung tidak boleh bernikah kerana kekurangan wang hantaran. Yang sudah berumah tangga pula tidak boleh memberikan pelajaran yang terbaik kepada anak.

Banyak juga yang jadi muflis, kerana tidak boleh membayar balik pinjaman-pinjaman seperti kad kredit, kenderaan, PTPN dan sebagainya. Pasport mereka juga di tahan kerana tidak boleh ke luar negeri. Semua ini merupakan gejala dan masalah yang berlaku di bawah naugan dan penajaan kerajaan Najib.

Adakah rakyat akan mengambil sikap yang bersambil lewa sahaja ? Tidak, sudah tentunya. Sebelum Malaysia ditumbangkan oleh Najib, rakyat Malaysia, tidak kira kaum atau bangsa, harus menumbangkannya. Shariah membenarkan umatnya untuk menjaga hak, harta dan zuriatnya.

Sekiranya Najib lebih terpukau dengan wang yang berbilion-bilion, sehingga kerajaan Malaysia sudah tidak mampu mengajikan para akademik dan professor di institusi pengajian tinggi, di mana lebih kurang 6,000 pensyarah kanan dan professor sudah di tamatkan perkhidmatan atau tidak disambung kontrak pekerjaanya, maka kerajaan Najib sudah mencapai satu tahap di mana rakyat Malaysia harus bangun untuk mengalahkannya, sebelum Malaysia jadi lebih mundur dan lemah.


DATUK DR RAIS HUSSIN adalah ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) BERSATU. Beliau juga adalah pengerusi biro dasar dan strategi BERSATU.

Ulasan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS