Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mulakan penerbangan dengan berdoa, cadang mufti WP
Diterbitkan:  Jun 30, 2017 2:23 PM
Dikemaskini: 6:26 AM

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan semua syarikat penerbangan tempatan memulakan penerbangan dengan doa.

Zulkifli berkata, umat Islam digalakkan untuk berdoa sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat.

Ini, ujarnya, adalah amalan baik yang harus digalakkan.

"Justeru, kami sejujurnya mencadangkan kepada syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia seperti Malaysia Airlines Berhad (MAS), AirAsia, Malindo dan Firefly untuk memulakan perjalanan musafir dengan doa yang dianjurkan.

"Ini akan membawa keberkatan dalam perjalanan dan InsyaAllah keselamatan serta keamanan kerana difahami bahawa sememangnya musafir itu sebahagian daripada azab dan masyaqqah (penderitaan atau kepayahan) yang perlu ditempuh oleh orang yang berkelana," katanya dalam kenyataan.

Beberapa syarikat penerbangan Arab seperti Saudi Air, Etihad dan Qatar Airways memainkan doa yang dirakamkan sebelum berlepas.

Isu doa dalam pesawat menjadi topik hangat selepas juruterbang AirAsia X meminta penumpang dalam penerbangan D7237 untuk berdoa ketika menghadapi masalah enjin.

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengkritik permintaan juruterbang itu dengan mengatakan bahawa juruterbang itu seharusnya memberikan harapan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS