Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
MP gesa bekukan permit eksport bauksit
Diterbitkan:  Jun 30, 2017 7:24 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Anggota Parlimen Kuantan dari PKR, Fuziah Salleh mendesak kerajaan Pahang membekukan permit eksport bauksit, dengan alasan melanjutkan tempoh moratorium (penangguhan) hanya akan menyebabkan perlombongan bauksit secara haram semakin berleluasa.

"Berlaku peningkatan jumlah 'stokpile' tatkala sudah diumumkan moratorium. Maksudnya berlaku aktiviti mengorek bauksit haram (semasa tempoh moratorium).

"Saya gesa selain dari moratorium, bekukan dahulu permit eksport bauksit sehingga dalang yang terlibat dalam aktiviti perlombongan haram dapat di kenalpasti dan di bendung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pada Isnin lalu berkata tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, yang sepatutnya berakhir pada 30 Jun ini, akan dilanjutkan sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Adnan menegaskan bahawa tindakan melanjutkan tempoh moratorium itu bukan 'permainan politik'.

Fuziah, bagaimanapun tidak yakin dengan kenyataan itu.

"Cadangan kerajaan negeri Pahang untuk melanjutkan moratorium sehingga PRU14 dilihat sebagai usaha bermuka-muka dengan rakyat.

"Mengatakan ya kepada moratorium di samping mengatakan ya juga kepada perlombongan haram," katanya.

Bermula pada Januari 2016 berikutan pendedahan pencemaran alam sekitar, moratorium empat bulan telah dilanjutkan sekurang-kurangnya lima kali.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini berkata kerajaan menyedari aktiviti perlombongan bauksit secara haram dan akan mengambil tindakan susulan.

 

Lihat Komen
ADS