Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Curi motosikal: Polis Thai tahan seorang rakyat Malaysia

Polis Sungai Golok, Narathiwat merampas 15 motosikal curi dan menahan empat lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah itu termasuk seorang rakyat Malaysia berusia 20 tahun.

Ketua Polis Sungai Golok Kol Prayuth Ponsanti berkata keempat-empat lelaki yang ditahan hari ini mengaku motosikal dicuri itu akan diseludup menggunakan Sungai Golok untuk dijual di Malaysia.

"Hasil jualan motosikal curi itu digunakan untuk membeli dadah dan berhibur," katanya pada media hari ini, dan menambah, motosikal curi itu dijual pada harga antara 3,000 Baht (RM375) dan 5,000 Baht (RM625) sebuah.

Menurutnya, tiga daripada motosikal curi dikesan telah digunakan untuk aktiviti jenayah di wilayah selatan Thailand ini.

Tiga lelaki tempatan yang ditahan polis itu berasal dari Sungai Padi, Narathiwat dan berusia antara 16 dan 17 tahun, katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS