Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rundingan HARAPAN lancar tapi perlu masa lagi
Diterbitkan:  Jul 3, 2017 12:57 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Proses perbincangan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai isu siapa yang akan mengetuai gabungan itu berjalan lancar, namun mereka memerlukan sedikit masa lagi sebelum dapat membuat pengumuman mengenainya.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata pihaknya turut mengadakan perbincangan mengenai fokus enghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kami bukan fokus soal perjawatan sahaja… tapi juga persiapan semua parti dalam konteks manifestonya serta pembahagian kerusi sedang diteliti dan diperkemas.

“Tarikh akhir perbincangan itu sebelum PRU ke-14. Mood raya masih ada, pimpinan parti masih berada di kawasan masing-masing menyantuni rakyat.

"Kita akan kemukakan satu struktur yang jelas termasuk perkara yang berkaitan mengenai PRU14 selepas Syawal ini,” katanya seperti beliau dilaporkan Sinar Harian.

Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata perbincangan itu perlu mengambil pandangan pelbagai parti komponen HARAPAN.

“Ia bukan bergantung pada siapa yang menduduki kerusi berkenaan tetapi apakah struktur yang lebih berkesan bagi menarik perhatian rakyat untuk bersama-sama dengan HARAPAN,” katanya.

Lihat Komen
ADS