Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Injunksi Najib ke atas Pua diputuskan 4 Ogos
Diterbitkan:  Jul 4, 2017 12:55 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Alasan yang mencukupi telah diberikan kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk memutuskan supaya tidak membenarkan permohonan injunksi inter-parte oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, kata peguam Gobind Singh Deo.

Injuksi itu difailkan Najib bagi menghalang Pua yang juga adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang didakwa memfitnahnya berhubung satu klip video yang dimuatnaik di laman Facebook, pada April lalu.

Najib mendakwa perkataan yang digunakan dalam ucapan di Facebook itu secara tersirat mengatakan perdana menteri telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan kabinet, melalui speaker Dewan Rakyat, membenarkan pembentangan pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355 ) oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Gobind berkata pasukan peguamnya telah membangkitkan perlindungan bersyarat, justifikasi dan komen berpatutan diketengahkan dalam pembelaan Pua.

Peguam Pua memfailkan pembelaan pada 15 Mei, selepas Najib memfailkan saman itu pada April.

Terdahulu, Gobind, bersama peguam Joanne Chua yang mewakili Pua, bersama dengan peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan M Reza Hassan, mengemukakan hujah mereka di kamar Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Beliau kemudiannya menetapkan 4 Ogos depan sebagai tarikh membuat keputusan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS