Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelonggaran syarat lulus BM terus dibantah
Diterbitkan:  Jul 4, 2017 1:39 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Pelbagai pihak terus membantah pelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu bagi jawatan kontrak pegawai perubatan gred UD41 di Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata bahasa Melayu tidak harus dijadikan korban semata-mata untuk memastikan keseimbangan permintaan-penawaran dalam profesion kedoktoran.

“Sebaliknya pula PAS berpendirian KKM seharusnya menilai opsyen-opsyen lain bagi memastikan graduan yang tidak menduduki SPM atas pelbagai sebab diberi ruang dan kemudahan untuk menjalani peperiksaan SPM sebagai calon persendirian.

“Kelonggaran syarat kelayakan itu dibimbangi akan menyebabkan sikap 'bermudah-mudah' dan 'menghakis' kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi persekutuan pada masa akan datang,” kata ketua penerangan Nasrudin Hassan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersetuju untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Februali lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan.

Noor Hisham menjelaskan kelonggaran syarat kelayakan lulus BM itu bagi memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM atas pelbagai sebab.

Lihat Komen
ADS