Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Isu ROS: MP DAP pertikai penglibatan Zahid Hamidi
Diterbitkan:  Jul 4, 2017 3:00 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Ahli Parlimen Kulai dari DAP, Teo Nie Ching mempertikaikan keterlibatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam isu parti tersebut dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Ia selepas Ahmad Zahid meminta pemimpin DAP menghentikan spekulasi parti itu mungkin diharamkan RoS dan berkata beliau akan bertemu dengan Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah mengenai perkara itu minggu depan.

"Jika memang tidak ada konspirasi untuk mengharamkan DAP, mengapa ROS perlu bertemu Zahid untuk membincangkan mengenai nasib DAP," soal Teo dalam kenyataan, hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri menafikan sebarang percubaan untuk mengharamkan, Teo mempersoalkan keperluan untuk ketua pengarah ROS membuat laporan bertulis kepada menteri.

"Kenapa ROS tidak membuat keputusan berdasarkan Perlembagaan DAP dan undang-undang negara ini.

"Adakah laporan ROS kepada Zahid turut melibatkan pertubuhan lain yang didaftarkan di Malaysia? Kenapa layanan istimewa untuk DAP," tanya Teo lagi.

Status DAP sebagai sebuah parti dilaporkan berada dalam keadaan tidak menetu selepas pemilihan parti pada tahun 2012 yang dipertikaikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS