Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bekukan akaun majikan gagal dapatkan E-Kad'
Diterbitkan:  Jul 5, 2017 2:38 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Majikan yang gagal mendaftarkan Kad Dementara (E-Kad) kepada Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) perlu diambil tindakan tegas termasuk membekukan aset dan akaun syarikat mereka, kata Ketua PKR Johor, Hassan Karim.

Jabatan Imigresen kini sedang mengesan PATI selepas tarikh bagi mendaftarkan E-Kad berakhir 1 Julai lalu.

"Diharapkan tiada sebarang bentuk kompromi dalam isu ini.

"Majikan yang dikenal pasti gagal membuat permohonan E-Kad untuk pekerja mereka boleh ditahan dan diambil tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja secara tidak sah," katanya dalam kenyataan media.

Jabatan Imigresen sebelum ini berkata hanya 23 peratus daripada 600,000 pekerja asing yang tidak mempunyai permit membuat permohonan terhadap kad berkenaan.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, dianggarkan 6.7 juta pekerja asing berada di negara ini dan hanya 2.1 juta pekerja mempunyai permit.

E-Kad merupakan inisiatif kerajaan untuk membenarkan pekerja yang tidak memiliki dokumen memperoleh permit bagi memenuhi sektor pekerjaan.

Sementara itu, Hassan berkata, lambakan pekerja asing secara haram menyebabkan persaingan dalam kalangan pekerja asing dan rakyat tempatan untuk mendapatkan pekerjaan.

"Tidak dapat dinafikan bahawa mereka ini diperlukan, namun sekiranya kemasukan tidak dikawal dengan baik, ia akan mendatangkan kesan negatif buat negara," katanya.

 

Lihat Komen
ADS