Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harga petrol, diesel naik
Diterbitkan:  Jul 5, 2017 6:20 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Selepas mencatatkan penurunan selama lima minggu, harga petrol dan diesel meningkat kali pertama hari ini.

Bermula tengah malam ini harga jualan runcit petrol meningkat empat sen seliter.

Peningkatan itu menjadikan RON95 dijual pada harga RM1.93 seliter, manakala RON97 berubah kepada RM2.19 seliter.

Untuk jualan runcit diesel, harga terbaru mulai 6 Julai ialah RM1.91 seliter, atau bertambah tujuh sen.

Harga jualan runcit petrol dan diesel kini ditetapkan secara mingguan berdasarkan kepada kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar AS pada minggu terdahulu.

Bloomberg melaporkan harga minyak mentah Brent dunia mencatatkan kedudukan tertinggi harian AS$49.76 satu tong hari ini, berbanding AS$47.42 Khamis lalu.

Sementara itu nilai ringgit mencatat nilai harian terendah RM4.2983 berbanding dolar AS awal hari ini dengan perbezaan marginal berbanding minggu lalu.

Lihat Komen
ADS