Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penduduk Nibong Tebal, Pulau Pinang yang membuat laporan polis selepas alamat dalam MyKad mereka diubah secara digital tanpa kebenaran mereka disarankan supaya pergi ke mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat aduan.

Pegawai Perhubungan Awam JPN Putrajaya, Marsheila Selamat, berkata pengadu boleh membuat laporan di mana-mana cawangan JPN.

"Pemilik myKad mesti hadir apabila membuat laporan," kata Marsheila kepada Malaysiakini ketika ditemui di pejabat JPN Pulau Pinang di Jalan Anson hari ini.

"Kami akan dapat tahu bila perubahan dibuat dan siapa yang membuat perubahan itu. Tiada siapa yang boleh mengedit maklumat mengenai myKad tanpa kebenaran pemilik," katanya.

Marsheila mengulas kejadian di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, apabila kira-kira 100 orang mendapati MyKad mereka telah diubah suai secara digital, tanpa kebenaran mereka.

Kira-kira 29 individu yang membuat laporan polis itu mendakwa MyKad mereka diambil oleh individu yang menjanjikan bantuan kewangan daripada kerajaan. Namun apabila kad berkenaan diperiksa dengan pembaca MyKad, mereka mendapati alamat mereka telah diubah menjadi alamat yang tidak diketahui di Prai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS