Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mempelam Cok Anan dapat sambutan di Kedah
Diterbitkan:  Jul 6, 2017 5:58 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Mempelam Cok Anan mendapat sambutan di program Sedapnya Makan Cok Anan di Ladang Mempelam Tobiar, Pendang dari 3 hingga 13 Julai ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Othman Aziz berkata sehingga semalam, sebanyak 3.9 tan buah dikeluarkan dengan nilai jualan mencecah RM20,000.

Ia dijual RM6 sekilo.

Beliau berkata MADA menyasar 5.5 tan buah mempelam itu akan dijual  dengan nilai pulangan RM25,000 sehingga berakhir program tersebut.

 “Chok Anan (MA 224) mempunyai potensi untuk pasaran yang lebih luas dan melalui program tersebut, masyarakat akan lebih mengenali produk terpenting kedua MADA ini.

“Lebih utama produk hilirannya mampu membantu peladang MADA meningkatkan pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita di Alor Star hari ini.

Mengenai pencapaian MADA kepada petani, Othman berkata pendapatan petani telah dapat ditingkatkan dengan pendapatan sekitar RM91 sebulan pada tahun 1966 kepada RM333 sebulan tahun lalu dan pengurangan tahap kemiskinan kepada 33 peratus. 

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS