Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiada hak mutlak Perlembagaan Persekutuan, termasuk ke luar negara'

Mahkamah Rayuan mengingatkan setiap rakyat Malaysia bahawa tidak ada hak mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak untuk melakukan perjalanan ke luar negara.

Hakim Tan Sri Idrus Harun berkata demikian dalam penghakiman 44 halaman yang dikeluarkan hari ini, berhubung rayuan Tony Pua untuk mencabar larangan perjalanan tahun 2015 ke atasnya.

Beliau merujuk halaman terakhir dalam pasport antarabangsa yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia yang menyatakan pasport adalah milik kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

"Ia jelas dinyatakan dalam perenggan terakhir pasport. Dengan semua syarat yang tertera dalam penerbitan pasport, kami cenderung untuk mengatakan, apa-apa penerbitan pasport Malaysia hanya membawa keistimewaan dan bukan hak untuk melakukan perjalanan ke luar negara.

"Ini adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan, dan di bawah keadaan tertentu, sama ada seseorang harus dihalang daripada meninggalkan negara, tertakluk kepada kebijaksanaan kerajaan," kata Hakim Idrus.

Hakim Idrus adalah sebahagian daripada panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh yang menolak rayuan Pua terhadap penolakan oleh Mahkamah Tinggi dalam permohonan semakan kehakimannya tahun lepas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS