Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menawarkan untuk menanggung kos pengajian 50 mualaf yang ingin melanjutkan pengajian peringkat ijazah dan diploma di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Titi Tinggi, Padang Besar.

MAIPs dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan tawaran itu terbuka kepada mualaf dari dalam dan luar Perlis serta luar negara. Tawaran itu terbuka mulai sekarang sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan.

“Pada peringkat permulaan, MAIPs menawarkan 50 tempat dan mereka boleh memilih bidang pengajian yang diminati. Jika sambutan memberangsangkan, jumlah tersebut akan ditambah,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, lima mualaf wanita dari Sabah mengunjungi rumah Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Seriab dekat Kangar baru-baru ini.

Dalam catatan di laman Facebooknya, Mohd Asri berkata kisah pengorbanan mualaf berkenaan yang berjuang untuk menjadi seorang Muslim menyebabkan jiwanya menjadi sayu.

"Sedih dan rasa betapa kita ini kurang bersyukur kerana mudahnya menjadi Muslim sedangkan mereka terpaksa berkorban banyak perkara selain diancam dan kehilangan ahli keluarga.

"Saya merasa amat kerdil dan betapa sedikitnya pengorbanan diri ini dibandingkan dengan mereka yang tegar mengembara untuk mendalami Islam. Semoga Allah tampungi kekurangan ini dengan kebaikan yang lain," kata Mohd Asri dalam coretannya itu.

-Bernama

Lihat Komen
ADS