Tahanan Juvenil diletak bersama orang dewasa sekiranya berlaku kesesakan dalam lokap polis, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) diberitahu hari ini.

Pegawai yang bertanggungjawab bagi kemudahan lokap berpusat di Shah Alam, ASP Mazhar Mohamad, mengakui ia adalah satu pelanggaran serius dalam prosedur, tetapi situasi itu tidak dapat dielakkan.

"Kebanyakan lokap adalah seperti itu, sebenarnya," katanya kepada siasatan EAIC hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada kemudahan lokap berpusat di Shah Alam itu penuh sesak sewaktu Balamurugan Supiah yang mati dalam tahanan dimasukkan.

Panel EAIC yang diketuai pengerusinya, Datuk Yaacob Md Sam menyoal Mazhar mengenai prosedur lokap dan bertanya bagaimana remaja lain dilokap bersama Balamurugan dan orang dewasa lain.

Mazhar memberi keterangan bahawa dia berada di Batu Caves pada masa itu untuk menjalankan operasi sempena Thaipusam, dan oleh itu tidak mengambil perhatian terhadap perkara itu.

[Baca berita penuh]