Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Selamat rasa tak selamat Rohaya di luar rumah
Diterbitkan:  Jul 10, 2017 2:24 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

GLOBAL | Walaupun usia isterinya sudah lebih tujuh dekad, Selamat Riyadi Husni rupa-rupanya enggan mengambil mudah hubungan mereka sebagai suami isteri.

Bagi remaja lelaki itu, rasa cemburu mendorong dia memastikan isterinya kekal di dalam rumah ketika dia keluar atas keperluan harian.

Bercerita kepada media, Rohaya Kiagus Muhammad Jakfar, 71, berkata suaminya - yang lebih muda 55 tahun - sangat cemburu.

"Aku dikuncinya dari luar rumah. Dia takut aku menjeling-jeling lelaki lain," kata wanita yang sebelum ini dipanggil Bibik oleh Selamat sebelum mereka bernikah.

Rohaya ditemui di rumahnya di Karangendah di daerah Lengkiti, Ogan Komering Ulu (OKU) Sumatera Selatan.

Dipetik Sriwijaya Post, Rohaya berkata, dia dikunci di dalam rumah walaupun Selamat sebenarnya hannya pergi ke warung di sebelah rumah mereka.

Dia dikirim Tuhan

Namun nenek yang sudah memiliki tiga cucu itu keluar juga melalui pintu dapur dan menunggu kepulangan Selamat, 16, di luar.

Sejurus kemudian Selamat pulang dan terus menarik Rohaya masuk. Wanita itu kelihatan pasrah saja dan terus duduk di sebelah suaminya.

Pasangan itu dinikahkah pada 4 Julai lalu walaupun didakwa mendapat bantahan daripada keluarga lelaki.

Percintaan berkenaan dilaporkan begitu kukuh sehingga mereka sempat mengugut untuk membunuh diri jika dihalang bersatu.

Bagaiamanapun pihak berkuasa kemudian mengisytiharkan pernikahan itu tidak sah. Tidak dapat dipastikan setakat ini sama ada mereka akan dibiarkan tinggal sebumbung atau sebaliknya.

Mengenai nasib pernikahan itu, Rohaya bersikap sederhaja saja.

"Jodoh itu sesuatu yang dikirim Tuhan," katanya.

Kata Rohaya, dia memang sangat menyayangi Selamat dan rela bersama-sama mengharungi suka dan duka bersama suami ketiganya itu.

Memiliki rambut yang kekal hitam, Rohaya berkata, dia menjanda dua kali sebelum ini apabila suaminya meninggal dunia.

Lihat Komen
ADS