Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Langkah Kajang: Rakyat dapat faedah, kata Rafizi
Diterbitkan:  Jul 11, 2017 10:33 AM
Dikemaskini: 2:38 AM

Walaupun diperli oleh perdana menteri dengan "Langkah Kajang sebenar", PKR melihat apa pun yang berlaku memberi akhirnya memberi manfaat kepada rakyat.

"Komen saya: Saya fikir rakyat yang akhirnya dapat faedah," kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp beliau bersama petugas media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sindiran Datuk Seri Najib Razak berkaitan "Langkah Kajang Sebenar" yang akan tiba ke kawasan parlimen itu seminggu lagi.

Najib merujuk kepada khidmat kereta api berkapasiti tinggi Transit Aliran Massa (MRT) yang akan dibuka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu.

Najib semalam memuat naik gambar papan tanda MRT Kajang dengan kapsyen "The real Kajang Move. Coming to you in seven days" (Langkah Kajang sebenar. Akan datang kepada anda dalam 7 hari).

Pembinaan Fasa 2 MRT laluan Semantan-Kajang sebelum ini dilaporkan hampir siap dan akan dilancarkan Najib pada 17 Julai ini.

Istilah Langkah Kajang dipopularkan Rafizi pada 2014, yang merujuk kepada strategi bagi menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada tahun yang sama.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirancang menggantikan Khalid dan bertanding di DUN itu selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi bagi memberikan laluan.

Namun disebabkan kes mahkamah, Azizah terpaksa bertanding di DUN tersebut dan berjaya memenangi kerusi berkenaan.

Wan Azizah bagaimanapun tidak berjaya menjadi menteri besar selepas tidak mendapat sokongan PAS.

Sebaliknya sultan Selangor melantik Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru.

Lihat Komen
ADS