Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin dewan perniagaan Perak direman dua hari

Seorang pemimpin sebuah dewan perniagaan di Perak direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan pada 2014.

Perintah reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini.

Suspek berusia 47 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya kira-kira 4 petang semalam.

Setakat ini, pihak SPRM masih belum melakukan sebarang sitaan membabitkan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS