Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
EAIC: Konflik kepentingan dalam siasatan kes Balamurugan

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam mendakwa pegawai penyiasat dalam kes kematian Balamurugan Suppiah gagal memaklumkan konflik kepentingan dalam kes itu terhadap pegawai atasannya.

Siasatan awam EAIC mendapati sebelum kematian Balamurugan, ASP Muhammad Khuzairi Abd Wahab memberitahu, kumpulan WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Klang Utara bahawa Balamurugan adalah dalang beberapa kes yang dikaitkan dengannya dan perlu disiasat.

Yaacob berkata, keadaan ini menyebabkan kelewatan pembebasan Balamurugan.

Beliau menambah, Khuzairi sepatutnya memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Klang Utara, SAC Yusoff Mamat ketika Yusoff melantiknya untuk menyiasat laporan kematian mendadak Balamurugan.

Beliau berkata kes itu sepatutnya ditugaskan kepada penyiasat bebas untuk memelihara integriti siasatan itu, walaupun perlu menggunakan khidmat polis dari daerah lain atau Bukit Aman sendiri.

Khuzairi berdiam diri apabila Yaacob menyoal kegagalannya mendedahkan konflik kepentingan tersebut.

Apabila ditanya oleh wakil Majlis Peguam R Sivaraj sama ada dia fikir tugasan itu wajar, Khuzairi mengakui ia adalah salah.

Bagaimanapun, Khuzairi berkata dia hanya mengikuti arahan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS